
Anonymous
5 tahun
Alat kelamin cepat mengendur
saya Zikree berumur 28tahun. Baru berkahwin 3tahun. Masalah kesihatan yg saya alami sekarang alat kelamin saya sangat cepat mangendur. Bolehkan saya minta pendapat doktor untuk selesaikn masalah yg saya hadapi sekarang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kelamin cepat mengendur boleh disebabkan:
- Mati pucuk - boleh disebabkan psikologi, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, kecederaaan pada zakar
- Ejakulasi pra-matang - boleh menyebabkan zakar kendur
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Psikoterapi
- Ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.