
Sulit
3 tahun
Alat kemaluan tidak naik dan keras
Saya lelaki berumur 26 tahun, baru mendirikan rumah tangga sebulan. Dalam 2 hari ni zakar saya tidak keras dan kecil. Saya tidak tahu dari mana dtg masalah ini. Bolehkah doktor membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda memaklumkan bahawa anda mengalami masalah zakar yang kecik dan tidak keras. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah mencapau ketegangan zakar atau tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar ketika melakukan hubungan seksual juga dinamakan mati pucuk.
Kebiasannya, gejala ini jika berlaku pada golongan muda, ia boleh disebabkan oleh gangguan psikologi seperti perasaan risau, takut atau tidak yakin diri.
Masalah ini juga boleh berlaku akibat kecederaan pada zakar atau kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.
Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis, masalah ini boleh berlaku kerana masalh peredaran darah pada zakar yang terganggu.
Untuk mengetahui puca masalah anda dan mengatasinya dengan berkesan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.