
Sulit
5 tahun
Alat perancang kehamilan IUCD
Hai doktor,sy ada pasang iucd utk 5 tahun…skrg dh 4 tahun 15 hari jd sy ingat nk buang n x mau pakai lagi,kerana sy dh bercerai n tiada suami,lagi satu mslh sy mengalami mslh keputihan selepas pasang alat nie,n smpi skrg…keputihan semakin menjd2,mslh skrg dunia dlm keadaan mengalami ancaman covid-19,mcmmana sy nk buat??? Sy nk buang Alat nie kerana x tahan lagi dgn keputihan yg sy alami…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh cuba mencari klinik pakar wanita berdekatan yang terbuka untuk mengeluarkan alat IUCD ini. Sekiranya tiada, anda masih boleh ke hospital awam atau swasta. Sekiranya risau, anda boleh elakkan hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19 dalam senarai ini (Designated Hospital for COVID-19).
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.