
carolinebudong0
5 tahun
Alat sulit mengeluarkan cecair kekuningan
Suami saya berumur 30 thn alat sulit pernah terhentak sejak itu alat sulit dia sakit ketika buang air kencing dan mengeluarkan cecair berwarna kuning tolong sy Dr apa yang harus sy lakukan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh suami anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma pada saluran kencing di zakar
- Lendiran cecair daripada ketulan darah akibat trauma
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.