
Anonymous
5 tahun
Alat sulit suami gatal gatal
Suami saya berumur 29 tahun . Dia mengadu kepada saya bahawa alat sulitnya seperti luka luka & gatal gatal . Saya memberitahu beliau untuk menyapu ubat gatal gatal di tempat alat sulitnya . Tetapi setelah saya check , ia mendapati banyak kesan kesan luka seperti kena gigitan . Adakah saya harys pergi ke hospital ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema
- Kurap
- Jangkitan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih