
leepasang5117
5 tahun
Alat vital keluar cecair putih
saya lelaki berumur 43 tahun…kenapa alat vital saya ada keluar cecair putih…tapi tidak keluar hanya sedikit…semasa buang air kencing tak ada sakit apa-apa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Nanah dari jangkitan/radang saluran kencing
- Masalah prostat
- Jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhoea atau klamidia
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.