
Sulit
3 tahun
Alergi, bolehkah saya mengambil vaksin Covid?
Hello, saya wanita berumur 30 tahun. Saya mempunyai alergi kulit (seafood, sabun, persekitaran), resdung, darah tinggi dan gastrik. Saya juga pernah mengalami sakit abdomen yg sangat2 selepas memakan ubat antibiotik Imexa Azithromycin. Bolehkah saya mengambil vaksin Covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garis panduan vaksinasi covid, anda boleh terima suntikan vaksin covid, ia tidak akan mempengaruhi alahan serta penyakit anda.
Selain itu, anda juga boleh memberitahu doktor atau ahli kesihatan bahawa alahan anda di pusat vaksin anda hadiri tersebut. Arahan dan sebarang pantang akan diberitahu kepada anda. Fungsi vaksin serta kesan sampingannya adalah sama.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini