
de.fizah
5 tahun
Aliran haid yang banyak
saya berumur 25 tahun dan belum berkahwin. saya mengalami haid yang tidak teratur dan ‘heavy flow’ + darah berketul yang banyak’ sehingga menyebabkan saya datang bulan hampir 30 hari (hampir setiap kali haid). Saya berasa amat-amat letih (badan dan perasaan) dengan situasi ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan:
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas.
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Radang pelvis kronik
- Hypothyroidism
- Syndrom polisistik ovari atau PCOS
- Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
- IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal serta ujian darah dan imbasan ultrasound. Rujukan kepada pakar ginekologi juga akan diberikan jika diperlukan. Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.