
Sulit
5 tahun
Allergic pad dan masalah keputihan
Saya alergik pada satu brand pad ni…slps period dh kurang so sy tukar pd pantyliner je smpai period abih.dan bibir miss V jd gatal2 dan merah2…sy tgok kulit bibir miss v jd mcm kering dan gatal2 tu bertukar menjadi teruk shgga keluar keputihan…tidak ada bau tp keputihan putih pekat dan sdikit kekuningan.tidak bketul2 besar cuma ada sdikit keping2 mcm susu basi.kecil dan sikit je…ubat apa yg sya blh beli di farmasi atau mtk dgn doktor ttg mslh ini? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, punca keputihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Alahan berserta jangkitan kuman
Untuk mengurangkan gejala keputihan yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
- Elakkan pemakaian pad yang tidak selesa
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.