norfadilla1984
6 tahun
Ambil alat perancang
Saya ingin mengambil alat perancang kehamilan melalui suntikan…bila waktu yg sesuai?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi suntikan perancang depo, anda boleh menemui doktor untuk mendapatkan suntikan pada bila-bila waktu. Namun, adalah digalakkan untuk mendapatkan suntikan pada sekitar hari ketujuh kitaran haid ataupun secara mudahnya sebaik anda selesai haid. Sedikit tips untuk puan, sekiranya baru diberikan langkah-langkah pencegahan kehamilan tambahan seperti pemakaian kondom perlu diambil untuk tempoh 4-7 hari kerana badan baru sahaja hendak menyesuaikan dengan perubahan hormon yang diberikan.
Untuk bertanyakan soalan secara privasi anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




































