
Anonymous
5 tahun
Ambil perancang suntikan depo provera
saya bru masuk dua kali ambil suntikan depo mencegah hamil…dalam masa yang sama ketika brsama saya rasa sakit tidk selesa dn ad kuar darah mcm sikit…tu punca dri saya mengambil suntikan perancang ke?doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketidak-selesaan ketika hubungan kelamin serta pendarahan sedikit yang berlaku boleh disebabkan:
- Kesan perancang keluarga
- Faraj kering - kurang lubrikasi ataupun disebabkan kesan deop-provera (ia akan menyebabkan kekeringan faraj)
- Polip pada serviks
- Ektropion serviks
- Darah haid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.