
Sulit
4 tahun
Ambil pil perancng haid jd b’pnjgab
Assalamualaikum doktor sy melahirkn anak pada 5 dec 2020. Saya mula ambil pil perancng diane35 pd bulan March 2021 kerana sblum ni sy didapati mngalami mslh pcos, memandngkn sy sudah tahu mslh sy seblm ni, sy ambil keputusan ambil percng diane35… sblum ni sy ttc 5 tahun kawin da doktor pakar juga penah bg sy pil diane35, tapi tidak pernah ada mslh mcm sekrng, habis saja kotak pertama sy akan haid hari ke 5 stop pil tersebut… hari ke 8 sy ambil smle pil tersebut, malangny haid sy yg pertama tidak berenti, keluar skit2 dan b’pnjgan drpd 12hb 4 sehingga kini… ap yg sy ptt buat? Adakah pil tersebut tdk sesuai dgn sy? Sedgkn sblum ni sy xde mslh dengan pil tersebut…

4 tahun
Salam sejahtera.
Masalah haid berpanjangan atau menorrhagia didefinasikan sebagai perdarahan haid yang melebihi 80 ml. Secara umumnya, wanita yang mengalami perdarahan haid lebih dari 7 hari, perdarahan yang melimpah atau terpaksa menukar pad beberapa kali sehari boleh dikatakan sedang mengalami perdarahan haid berpanjangan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan.:
- Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
- Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
- Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
- Syndrom polisistik ovari atau PCOS
- Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
- Kesan sampingan perancangan keluarga
- Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!