
Sulit
4 tahun
Ambil postinor 2 semasa haid yang ke8 hari, dan tidak ada sebarang tanda period untuk bulan seterusnya, dan lewat 2minggu, dan juga keadaan haid saya sebelum ini ada kalanyà lewat 2hari atau awal beberapa hari. Adakah saya ada masalah hormon juga?
Hai, saya wanita berumur 24tahun, saya ada lakukan hubungan seks pada hari ke 8 haid saya, dan ambil postionor 2. Saya ambil postinor 2 selepas kurang daripada 48jam selepas hubungan seks tersebut dan tidak ada pancutan terlepas, mungkin cuma ada precum sahaja.Adakah kemungkinan boleh hamil? Saya masih tidak mahu ada cahaya mata lagi kerana masih bekum bersedia.
Dan selepas ambil postinor 2, period saya sepatutnya 26/1. Tetapi tidak ada tanda2 haid. Saya lewat lebih dari 10hari. Adakah perlu saya ambil pregnancy test? Atau hanya kesan sampingan ubat sahaja.
Selalunya sblm haid atau masa haid saya ada tanda2 sengugut atau bloated.
Haid terakhir saya adalah pada 25/12 dan lakukan hubungan seks pada 1/1, dan ambil postinor pada 3/1 pada pagi hari.
Sebelum ini saya pernah mengambil postinor 2 pada bulan 8.
Ada keberangkalian saya mengandung? Atau hanya kesan daripada postinor 2 sahaja? Mohon penjelasan dr. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, dalam kebanyakan kes setelah pengambilan pil perancang kecemasan tersebut, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Selain itu, masalah lewat haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain selain kehamilan, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi