
sahidakalis
4 tahun
Ambil postinur 2 (morning after pill)
Saya berumur 29tahun,
1st period-3/1/21
last day period-7/1/21
Bersama-28/1/21
Period cycle 28-38 hari.
Adakah perlu sy ambil postinur 2(Morning after pill) jika sy sudah melepasi hari subur(ovulation day).
Dan Jika sy yakin sy sudah melepasi hari subur dan suami hanya lepaskan disekitar vagina(bukan pancut dalam),adakah berkemungkinan sy boleh mengandung) dan jika sebaliknya. jika hari tersebut adalah hari subur sy, dan suami lepaskan disekitar vagina. adakah masih boleh mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual akan mempunyai potensi kehamilan apabila sperma dari air mani memasuki vagina dan seterusnya ke sistem peranakan wanita. Ia akan menyebabkan pembuahan sel dan boleh menyebabkan seorang wanita itu mengandung. Namun, hal ini boleh dikawal dan dirancang dengan pelbagai kaedah perancangan keluarga, salah satunya adalah pengambilan pil perancang kecemasan.
Morning after pill merupakan pil perancang kecemasan. Ianya harus diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dalam masa 72 jam untuk tablet pertama dan 12 jam selepasnya untuk tablet kedua.
Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambilnya, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh. Anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih