
Sulit
4 tahun
Anak baru lahir sebulan ada G6PD
anak saya ada G6PD boleh tak saya nak minum esp shaklee

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah tentang kerisauan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kekurangan G6PD adalah disebabkan oleh kekurangan enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase) dan boleh diwarisi kepada anak lelaki. Tujuan enzim ini adalah untuk melindungi darah daripada pecah apabila terdedah kepada ubat-ubatan dan makanan tertentu.
Untuk menjawab pertanyaan anda, kami tidak dapat memastikan sama ada produk yang anda ingin ambil tersebut dapat membantu dalam masalah anda dan kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai anda. G6PD tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda perlu mengelak dari mengambil kacang parang, sesetengah ubatan kerana perkara ini dapat memecahkan darah dan menyebabkan masalah lain seperti hemolisis dan anemia di dalam golongan yang kekurangan enzim G6PD.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan G6PD dan suplemen yang anda ingin ambil. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.