
Sulit
4 tahun
Anak berumur 2 tahun 2bulan mengalami demam on /off selama 4 hari, dan mengalami ulcer pada lidah dan bengkak gusi
Anak berusia 2tahun 2bulan mengalami demam on/off selama 4 hari. Saya hanya memberikan uphamol 250, 4 kali sehari. Hari ke 3, saya dapatkan rawatan di klinik. Masih mengambil uphamol 250 cuma pada waktu demam sahaja. Terdapat ulcer pada lidah anak. Consume gengigel untuk ulcer.Hari ke 5, demam sudah off. Tapi gusi atas dan bawah bengkak sehingga hari ke7 harini. Soalan saya apa langkah seterusnya yang boleh saya buat untuk masalah gusi bengkak? Perlukah saya segera mendapatkan rawatan di klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak gusi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan akibat jangkitan
- luka akibat trauma semasa mengunyah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.