
Sulit
4 tahun
Anak berumur 3 tahun 6 bulan tidak ada selera
Anak saya berumur 3tahun setengah mempunyai masalah makan dan menyusu dari umur 6 bulan lagi. Anak saya langsung tak makan nasi jika makan hanya berapa butir saja. kalau menyusu sebotol akan habis dalam masa 1 jam atau 2 jam. berat dan tinggi anak saya memang tak normal. disebabkn itu anak saya ada appoiment setiap 3 bulan jumpa pakar. pelbagai vitamin yg disuggest saya cuba tapi semua tidak ada kesan. saya risau anak tidak makan menyusu pun kurang kadang2 sampai menangis kerana dipaksa menyusu. kalau tak dibagi menyusu anak memeng tidak minta. ada cara lagi nak bagi kanak kanak umur ni nak makan dan menyusu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Umumnya kanak-kanak di peringkat toddler (umur 1-4 tahun) lazimnya mempunyai perubahan dalam membentuk peribadi masing-masing. Justeru ibu bapa perlu lebih cekap dalam mengenali kemahuan dan minat mereka menerusi peringkat usia ini. Secara teori, tumbesaran toddler tidak sederas ketika di peringkat bayi, justeru kadar pemakanannya berkemungkinan tidak sekerap dahulu. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kondisi yang boleh mengganggu selera makan si bayi yang perlu ditanggani bagi memastikan bayi anda kekal sihat dan membesar dengan baik. Antaranya termasuk:
- Kanak-kanak masih belum dapat menyesuaikan dengan perubahan pola dan konsistensi pemakanan
- Bosan dengan makanan yang sama atau makanan yang tidak disukainya
Atau ia juga boleh menandakan
- Kondisi pertumbuhan gigi yang lebih deras
- Tanda-tanda gangguan saluran pencernaan
- Kelainan tubuh yang lain memerlukan perhatian si ibu dan doktor pakar
Justeru itu, anda disarankan untuk meneruskan sesi temu janji denagn doktor pakar anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih terfokus dan berkesinambungan terhadap pembesaran anak anda. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala tersebut bertambah sering atau parah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.