
Sulit
4 tahun
Anak berusia 4 tahun 2 kali pitam
DR, ANAK SAYA BERUSIA 4 TAHUN,BERAT 25KG , SEWAKTU USIA 2 TAHUN, DIA PERNAH TERJATUH DARI BELAKANG KAKAKNYA .DIA MEMIJAK BELAKANG KAKAKNYA DAN TERJATUH BILA KAKAKNYA MEMUSINGKAN BADAN.KETIKA ITU DIA SPT KENE SAWAN TP SAYA TIDAK MEMBAWANYA MEMBUAT RAWATAN.SELEPAS KEJADIAN ,DIA AKTIF SEPERTI BIASA. PADA TAHUN INI, DIA TELAH PITAM KALI PERTAMA DI TASKA PADA BULAN 7 DAN KALI KEDUA DI RUMAH PD BLN 9.DIA PITAM SECARA TIBA- TIBA.
KEADAAN KALI PERTAMA SEDANG DALAM BARISAN DALAM KELAS.KALI KEDUA BARU BANGUN TIDO, SEDANG BERDIRI BERHAMPIRAN SAYA, BERCERITA SEKETIKA TIBA PITAM . MOHON PANDANGAN DR. TQ.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pitam merupakan simptom yang amat luas untuk diketahui puncanya. Hal ini kerana terdapat pelbagai perkara yang boleh mengundang kepada permasalah ini. Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam. Antaranya ialah:
- Kurang darah merah
- Tekanan darah rendah / Hipotensi
- Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
Dapatkan nasihat Pakar tentang masalah pitam !
And perlu untuk mengambil perhatian berkenaan simptom dibawah dan segeralah bawa anak anda ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan segera:
- Demam
- Sawan
- Kurang berat badan dan hilang selera makan
- Lumpuh sebelah badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.