
Sulit
3 tahun
Anak berusia 5bulan . Tak nak susu
Hai salam sejahtera & Assalamualaikum. Nk bagitahu . Ank sy ni berusi 5bulan . Dia lapar tapi tk tahu kenape meragam tk nk susu . Dia menagis sbb lapar sgt . Tpi bagi susu dia tolak . Tpi bila dia tido ok je hisap . Time sedar tu je dia geram . Dia tolak , dia gigit tk faham dh sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memerlukan maklumat lanjut seperti adakah susu daripada ibu atau susu melalui botol yang bayi anda tidak mahu. Hal ini kerana, jika bayi bertukar daripada minum direct breasfeeding kepada minum melalui botol, mereka tidak suka akan hal berikut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.