
Sulit
5 tahun
Anak demam dan batuk
Anak saya yg mengalami demam 38.5 dan batuk… saya dah memberi ubat demam antibiotik dan ubat batuk… jikalau suhu naik ke 39 apa yg perlu dibuat… atau ada cara lain untuk menurunkan suhu anak saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah demam yang dihadapi oleh anak anda.
Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah demam anak anda:
Tuam badan dengan air suam
Banyakkan minum air
Makan makanan seimbang
Namun begitu, sekiranya jika suhu terlalu tinggi atau demam yang terlalu kerap atau lama anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini sebelum rawatan diberikan, punca haruslah diketahui. Sebelum mendapatkan diagnosis yang terpat, maklumat lanjut serta pemeriksaan selanjutnya harus dilakukan sebelum kesimpulan dapat dilakukan.
Di samping itu, sedikit peringatan mengenai penggunaan ubat antibiotik. Anda disarankan untuk tidak menggunakan ubat antibiotik sekiranya bukan dari arahan doktor. Hal ini kerana ia boleh meyebabkan antibiotok tidak lagi berkesan kepada kuman di masa hadapan. Ini menyukarkan rawatan sekiranya seseorang individu memerlukan antibiotik.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.