
Sulit
4 tahun
Anak demam selepas makan ubat cacing
Hai doktor…
Saya ad ank umur 6 tahun & 3 tahun. Beberapa hari lpas sy ad bagi ank - anak saya ubat cacing. Esok yg si abang umur 6 tahun ok. Tp yg umur 3 tahun tiba - tiba demam. Dah 3 hari demam. Bila bg ubat demam dia ok, bila nk habis tempoh suhu badan panas balik. Mcmmna yea doktor? Adakah ianya effect slpas mkn ubt cacing? Bahaya x situasi ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, saya nasihatkan untuk anda segera berjumpa dengan doktor kerana ini mungkin disebabkan oleh kesan penyakit cacing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.