
Anonymous
5 tahun
Anak demam suhu tinggi tapi masih aktif
Sy ibu kepada 2 org ank lelaki. Yg sulung sekiranya demam senang diturunkn suhu hanya dengan mengelap badan dan ubat. Tetapi anak ke2 sy berumur 2 tahun akan demam dengan suhu yang amat tinggi 39 tetapi dia masih aktif bermain,minum susu dan makan seperti biasa. Ada kah sy patut risau dn membawanya ke hospital atau cukup dengan mengelap bdn dan panadol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan terhadap sesuatu yang asing seperti jangkitan. Justeru, menandakan bahawa anak anda sedang dijangkiti kuman. Merujuk kepada suhu badan anak anda yang sudah 39, sebaiknya anda membawa anak ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan dan dicari tahu sumber jangkitan. Selain itu, adalah disarankan untuk membawa anak anda ke doktor sekiranya mempunyai gejala-gejala seperti berikut:
- ruam
- perdarahan
- sudah demam lebih 7 hari
- batuk
- muntah
- hilang selera makan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.