
Sulit
5 tahun
Anak G6PD cirit birit dan minum susu soya
Hi, anak saya berumur 1 tahun 3 bulan, dan dia mengalami cirit birit sehingga kawasan punggungnya merah dan sakit. Saya telah pergi ke klinik pakar kanak-kanak dan doc telah memberi ubat cirit birit, ubat angin, air garam, probiotik, dan satu kotak susu soya tanpa lactose.
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengenalpasti anak saya telah sihat kerana kdg2 dia berak agak kerap. Apakah tanda-tanda yang anak saya sudah sihat dari cirit birit ini.
Susu soyanya juga telah habis dan saya telah membeli satu brand susu soya Vitashine Children Formula, kerana petugas farmasi yang mencadangkannya walaupun sy telah memberitahu anak saya mempunyai G6PD. Bolehkan anak saya minum susu soya ini?
Anak saya sangat sukar untuk makan. Hampir tidak mahu makan apa pun kecuali minum susu. Apakah yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara tanda-tanda bahawa anak anda semakin pulih adalah, tahi dia tidak lagi cair seperti sebelumya dan tidak mengalami gejala dehidrasi lagi seperti bibir kering, mata cengkung dan menangis tidak berair mata. Selain itu anda dapat lihat dia masih aktif dan membesar dengan baik.
Sekiranya anda bimbang mengenai susu dan kesannya terhadap masalah kekurangan G6PD anak anda, setakat ini, susu tidak menyebabkan masalah pada bayi yang menghidapi penyakit tersebut. Saya yakin farmasi tersebut memberi pilihan yang tidak akan memudaratkan keadaan bayi anda.
Masalah ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh para ibu bapa dengan anak kecil. Mereka sangat memilih untuk makan. Nasihat am dari saya, variasikan warna makanan supaya dia tertarik. Mungkin hiaskan sedikit makanan dan tambah pelbagai jenis warna ke dalam makanan dia. Sediakan juga makanan yang berbau harum. Sejujurnya, makanan tidak sihat akan lebih mudah untuk menarik minat mereka, tetapi, sangat tidak digalakkan walaupun anda suka melihat anak mahu makan dengan makanan yang tidak sihat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.