
Farah Ayuni
6 tahun
Anak kecil demam hampir 7 hari
Salam Sejahtera Doktor.Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan dan telah mengalami demam hampir 7 hari. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik dan hospital dan dimaklumkan anak saya dijangkiti Viral Fever (ujian saringan darah didapati tiada sebarang kuman/ penyakit berjangkit). Namun hingga hari ke 7 anak saya masih mengalami demam tinggi dan batuk terutamanya disebelah petang (jam 3 petang hingga 5 pagi). Apakah rawatan atau syor dari doktor. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Demam yang berlaku pada kanak-kanak haruslah diberi perhatian kerana kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil. Jadi mereka mempunyai ratio permukaan ke isipadu yang lebih besar justeru mudah mengalami perubahan suhu badan. Suhu yang terlalu tinggi boleh menggaggu pertumbuhan otak dan mengakibatkan kecacatan sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Viral fever adalah salah satu punca demam dalam pesakit kanak-kanak. Golongan ini mudah dijangkiti kerana belum memiliki system imun yang matang. Terdapat pelbagai jenis jangkitan virus yang boleh berlaku kepada kanak-kanak. Kebanyakannya tidak serius seperti mengakibatkan sakit tekak, muntah, cirit-birit, demam atau ruam. Namun begitu, terdapat jangkitan virus yang lebih serius mengakibatkan penyakit seperti demam campak dan cacar air.
Viral fever selalunya akan menyebabkan simtom seperti demam dan batuk sehingga dua minggu dan ia adalah normal. Untuk merawat keadaan ini, anda perlu memastikan anak anda mendapat rehat yang cukup, mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang minum air yang cukup dan elakkan membawanya ke tempat awam.
Pastikan suhu terkawal dan makan ubat yang disyorkan doktor mengikut arahan. Anda disyorkan memiliki jangka suhu untuk memeriksa suhu badan anak anda dengan tepat.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk persoalan anda.
Dalam kalangan kanak-kanak bawah 3 tahun, ianya agak biasa untuk mendapat demam. Ini kerana imunasi mereka belum matang sepenuhnya. Sungguhpun begitu, dalam golongan ini, demam tidak boleh dipandang begitu ringan kerana suhu yang terlalu tinggi akan menggangu pertumbuhan otak dan menyebabkan kecacatan jika tidak dirawat dalam masa yang sepatutnya. Kebanyakkan demam ini berpunca daripada jangkitan virus yang akan sembuh sendiri, tetapi kadangkala ia boleh disebabkan jangkitan bakteria. Doktor yang berpengelaman pun tidak boleh membezakan jangkitan virus dan bakteria tanpa ujian saringan darah. Jika ujian saringan darah menunjukkan tiada bakteria, selalunya doktor tidak akan memberi apa-apa ubat antibiotik.
Seperti yang saya nyatakan di atas, viral fever ini akan sembuh sendiri tetapi ia akan memakan masa lebih kurang dua minggu sebelum suhu badan anak anda kembali ke tahap normal. Saya faham yang anda sangat bimbang tentang keadaan anak anda, tetapi jangan bimbang, keadaannya akan bertambah baik tidak lama lagi. Untuk sekarang, perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk anak anda adalah memastikan dia mendapat rehat yang secukupnya, makanannya seimbang, minum air yang mencukupi, dan selalu lapkan badannya dengan kain basah untuk membantu menurunkan suhunya. Jikalau selepas ini, anak anda menjadi semakin lemah, keluar ruam, kadar nafasnnya laju, sawan atau tidak sedarkan diri dan juga menunjukkan tanda-tanda kurang air (kering bibir, tidak membuang air kecil), tolong bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda. Sekarang anak anda mempunyai demam tinggi yang berlarutan, saya mencadangkan anda membawa anak anda untuk mendapat pemeriksaan doktor. Demam yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak adalah pada suhu badan 38.5 degree celcius dan ke atas. Selain demam yang tinggi, terdapat beberapa simptoms yang memerlukan anda membawa anak anda ke hospital, contohnya sakit kepala, tangisan yang tidak berhenti-henti, tidak makan dan tidak aktif.
Secara amnya, demam sebegini merupakan respons tubuh anak anda untuk melawan jangkitan dalam badan. Berdasarkan dari umur dan simptom-simptom anak anda, ia berkemungkinan besar merupakan masalah jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh virus. Bagi demam viral sebegini, rawatannya hanya fokus kepada rawatan simptomatik, iaitu rawatan bagi simptom-simptom sahaja dan bukan ubat yang melawan punca jangkitan.
Anda boleh meletak kain yang basah pada dahinya untuk memberikan keselesaan. Selain itu, pastikan anak anda mempunyai pemakanan walaupun dalam hidangan yang lebih kecil. Nutrien-nutriem sebegini adalah penting supaya tubuh badan dapat pulih dengan lebih cepat. Demam sedemikian memang memerlukan masa untuk pulih dan simptom simptom akan bertambah baik bergantung kepada sistem imun anak anda. Terakhir sekali, sentiasa memerhati respons bayi anda dan sekiranya mempunyai sebarang yang tidak normal, bawa dia kepada doktor anda. Semoga saya menjawab soalan anda.