
einaserina2014
5 tahun
Anak kerap hidung tersumbat
anak kerap hidung tersumbat pada waktu malam, menyebabkan dia terbangun dan tidur terganggu hampir setiap malam. umur 3 tahun. aircond dalam bilik tidak terlalu sejuk. dia tidur pakai stokin. tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keluhan pada anak anda tersebut tersebut boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari seperti yang disenarikan diatas.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.