
Sulit
3 tahun
Anak makan lipas mati
anak sy umur 9m.dia termakan lipas dan kluar ruam di badannya.apa patut sy buat ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang mempunyai ruam di badannya. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Timbul ruam pada permukaan badan menandakan kulit anak anda tidak sihat dan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Ruam peluh
- Memakai pakaian yang lembap
Namun begitu, pemeriksaan lanjut mengenai ruam tersebut perlulah dibuat supaya rawatan dapat diberikan kepadanya. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius, seperti:
- Reaksi alahan
- Skabies
- Jangkitan kuman, bakteria atau kulat
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai ruam yang dialami oleh anak anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.