
Sulit
3 tahun
Anak mengalami sawan
anak 4y sudah dapat ubat epilim.tapi 2 3 hari berak2 lebih dari 4 kali.adakah saya harus teruskan atau pergi ke klinik pakar semula.

3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan diberikan kepada pesakit atas indikasi tertentu. Ubat tersebut perlulah diminum mengikut arahan daripada doktor kerana kebanyakan ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Jika terdapat kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, anda hendaklah merujuk kepada doktor yang merawat anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.