
restyf989
5 tahun
Anak muntah susu disebabkan batuk
Salam doc…saya ingin bertanya apakah yang menyebabkan baby muntah atau muntah susu ya?
Anak saya berumur 1tahun3bulan hari ni dia muntah susu yang agak banyak…pada masa yang sama skrg ni anak saya mengalami batuk sudah dalam 3 ke 4 hari dan dalam fasa mcm berkahak tapi dengar dari dia batuk tu tak banyak sangat…
Sebab apa ya doc anak saya muntah…sebab saya agak risau bila tengo dia muntah banyak dah 4kali dr jam8 pm tp tidak secara terus…asal dia minum susu dia tiba-tiba akan muntah hampir semua susu tersebut.saya tengo anak saya mcm kelihatan ok jg tp saya risau bila dia nak susu dia akan muntahkan adakah sebab dia batuk doktor? Baru hari ni dia muntah…
Tq doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah dalam kanak-kanak bawah 2 tahun ini sangat luas puncanya. Antara punca-punca utama adalah:
- Alahan makanan atau susu
- Susu rosak atau basi atau keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada saluran kencing atau saluran udara/makanan ataupun paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah vaksinasi, gejala demam serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda keklinik atau hospital jika tiada klinik yang buka dengan segera kerana muntah yang baanyak dapat membuatkan bayi anda dehidrasi yang mana ianya boleh membahayakan. Sekian.