
Anonymous
6 tahun
Anak perempuan berumur 13 tahun tidak datang haid selepas mendapatkan suntikan hpv .. hanya pertama kali datang pada bulan 1
Ank sy x datang haid selama 3 bln… Pertama kali datang pada bln 1… Selepas suntikan hpv pada hujung bln 1 ank sy x datang haid selama 3 bln…adakah ini normal atau ada masalah lain

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang akan melambatkan haid, Antaranya ialah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Ubat-ubatan
Suntikan HPV tidak akan mempengaruhi haid anak anda. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anak anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.