
Sulit
4 tahun
Anak Reject Minum Susu
Hi doct. anak saya berumur 1tahun 3bulan. Soalan saya mengapa anak saya secara tiba- tiba menolak untuk minum susu ye? Saya berikan dia susu formula. Masalah kesihatan semua ok makan pun ok. Boleh berikan sedikit penjelasan tak mengenai masalah tersebut. Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan mengapa perkara sedemikian boleh berlaku. Secara umum, antara faktornya adalah:
- alat pemberian susu yang tidak sesuai - sippy cup, botol (keadaan puting botol)
- masalah rongga mulut
- jangkitan saluran pernafasan
- keadaan susu yang tidak sesuai dengan selera -bau, suhu
- tidak berminat atau terlalu kenyang
Bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih