
Sulit
3 tahun
Anak saya 9 bulan . Semalam jatuh . Tangan kiri sakit hendak angkat
Anak saya 9 bulan semalam anak saya jatuh dari jarak saya tak pasti.
Bila jatuh nagis meraung. Saya check kepala tiada bengkak . Bila saya nak pakai kan baju tangan kiri anak dia rasa sakit. Sy dapat kesan sakit di bahu. Tapi tiada kesan merah @ bengkak. Bila picit sikit dia sakit. Angkat tangan pun sakit.
Tadi pergi klinik ingat dapat xray tapi doktor tak bagi sebab bahaya. Apa perlu saya buat ye.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, jika bayi anda mengalami gejala gejala bawah, anda harus risau dan berjumpa dengan Doktor:
- Bayi menangis tidak berhenti selepas jatuh
- Demam yang berpanjangan
- Bayi menjadi kurang aktif
- Benjolan di tempat trauma yang tidak surut
- Sawan
- Pendarahan yang tidak berhenti
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.