
JasminMiller
6 tahun
Anak saya ada masalah haid tidak teratur
Anak sy berumur 18 thn mengalami haid tidak teratur sejak setahun lalu. Adakala periodnya terlalu lama dan ada masanya tidak dtg dalam tempoh sebulan lebih. Mengalami sengugut. Cramp pada bahagian rahim sebelah kiri dan cramp bahagian ari2. Adaah ini normal?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Kesakitan ketika haid atau senggugut merupakan saalah satu daripada symptom sindrom pre-menstrual. Bagi kebanyakan wanita, sesetengah kesakitan berkaitan putaran haid adalah normal dan sebahagian daripadanya tidak.
Tetapi, anda harus melaporkan kepada profesional penjagaan kesihatan anda jika anda mempunyai masalah yang berikut. Antaranya ialah penggunaan ubat-ubatan seperti NSAID dan yang tidak membantu, sakit yang teramat sehingga mengganggu aktiviti harian termasuklah untuk ke kerja atau sekolah, pertama kali masalah senggugut berlaku sejak mendapat haid, kekejangan perut menjadi sangat teruk dan anda masih mengalami kesakitan haid walaupun anda tidak mendapat haid.
Punca senggugut yang teruk adalah fibroid, endometriosis, penyakit kelamin, Pelvic Inflammatory Disease (PID) dan juga penggunaan intra-uterine device (IUD). Dalam kes fibroid, terdapat ketumbuhan di dalam uterus. Ia menyebabkan pendarahan yang sangat banyak ketika haid dan juga senggugut.
Jika dibiarkan, anaemia mungkin akan terjadi. Simptom anaemia adalah termasuk pucat, letih dan tercungap-cungap. Dalam endometriosis, tisu yang biasanya tumbuh di dalam Rahim tumbuh secara asing atau ektopik di luar rahim. Ini menyebabkan senggugut yang sangat sakit apabila haid. Penyakit kelamin juga seperti chlamydia dan gonorrhoea boleh menyebabkan masalah ini dan komplikasi lain seperti PID.