
Sulit
4 tahun
Anak saya berumur 9 tahun disahkan terdapat biji biji kecil di seluruh limpanya.. Yang bersaiz paling besar antaranya ialah 0.2cm
Anak saya mengalami demam yang berpanjangan dan kerap dialami di waktu malam… Bila malam je mesti dia demam… Apakah penyakit anak saya, kesan penyakit ini dan cara merawatnya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami kebimbangan yang anda hadapi Namun begitu, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci daripada anda sebelum sebarang kesimpulan mengenai punca sebenar masalah demam yang anak anda hadapi. Demam boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
- Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
- Demam malaria/denggi/HIV
- Penyakit sendi
- Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
- Barah/Kanser
Penyakit di atas hanyalah senarai yang memungkinkan sahaja. Sebelum menetapkan sesuatu penyakit kepada seseorang indvidu, pemeriksaan fizikal adalah diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang tepat dan terbaik. Jadi, anda perlu bawa bertenang dahulu. Kami cuba membantu anda. Baiklah, perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi adalah :
- Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
- Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
- Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
- Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
Sekiranya masalah demam ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih