
shaycool86
5 tahun
Anak saya demam panas telah men ecah 39.1’C
Anak saya sudah 11 bulan, anak saya sekarang demam dan temperature mlm tadi 38.9’C dan dah bagi ubat buntut 125mg paracetamol, selepas itu panas meningkat pada jam 11.40pm saya dan isteri cadang nk beri paracetamol cecair danbtelah beri pada kadar 1ml… Doktor, Adakah ini melebihi dos?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Dos yang betul paracetamol untuk kanak-kanak bergantung kepada berat badan mereka. Anda harus selalu memberikan dos yang ditulis pada paket atau botol mengikut berat anak anda.
Menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol bagi bayi sehingga umur 1 tahun: 60 - 120 mg. Ulang setiap 4 - 6 jam apabila perlu. Maksimum 4 dos dalam 24 jam.
Pengiraan yang digunakan untuk mengukur dos paracetamol untuk kanak-kanak adalah 10-15 mg setiap kilogram berat badan.
Maka jika berat anak ialah 8kg = 8kg x 15mg = 120mg
Untuk masalah yang encik hadapi, sekiranya demam anak masih tidak kebah dan makin teruk, saya cadangkan encik untuk membawa anak ke hospital dengan segera
Jika encik masih mempunyai keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.