
mrsejcutez
5 tahun
Anak Saya Muntah Susu
Hi doktor, nak saya berumur 3 tahun. Semalam dia minum susu tapi lepastu muntah. Minum air kosong dan makan dia tak muntahkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah dalam kanak-kanak ini sangat luas puncanya. Antara punca-punca utama adalah:
- Alahan makanan atau susu
- Susu rosak atau basi atau keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada saluran udara/makanan ataupun paru-paru
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.