
Anonymous
5 tahun
Anak saya sedang mngalami benkak kelenjar
Ank perempuan sy yg brumur 4thun 6bulan 13hri mengalami bengkak kelenjar sbesar bola ping pong. Macam mana boleh sy ubati untuk surut kan bngkak itu slain. Skrng hanya mkn ubat demam dgn antibiotics dri hospital shaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan mengenai bengkak kalenjar diperlukan dan sekiranya anak anda telah menerima rawatan yang diberikan oleh pihak hospital, adalah penting untuk mengikuti nasihat doktor hospital dan tidak mengambil tindakan atau rawatan sendiri kerana ia mungkin mengganggu dengan proses rawatan yang diberikan oleh pihak doktor hospital. Sekiranya bengkak kalenjar serta demam anak anda masih tidak pulih setelah menghabiskan antibiotik dan ubat demam yang diberikan, anda boleh bawa berjumpa dengan doktor anda kembali bagi pemeriksaan lanjut. Sekian.