
Sulit
3 tahun
Anak suka tarik nafas
Salam/selamat sejahtera doc anak saya berusia 8 tahun tetapi dia suka tarik nafas dalam macam tidak cukup nafas tetapi dia tidak ada batuk or sesak nafas semuanya normal semasa tidur pun sama normal pernafasan dia adakah ini normal atau sebaliknya…tq

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Adalah normal untuk menarik nafas kerana ia adalah fisiologi badan. Adalah normal jika anak anda melakukannya dengan sengaja dan jika dia mengadu kerana terdapat kesukaran anda dinasihatkan membawa anak anda ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.