
Sulit
3 tahun
Anak tak berak selama sehari, cuma kentut Dan kencing
Anak saya berumur sebulan lebih… Mengalamai masalah nak berak… Cuma kencing Dan kentut je sepanjang sehari lebih… Apakah itu bahaya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keadaan yang menimbulkan kerisauan kepada anda iaitu anak anda mengalami masalah buang air besar.
Untuk pengetahuan anda, jika hanya 1 hari anak anda tidak membuang air besar masih dikira normal. Namun, jika keadaan berlanjutan, anda perlu membawanya ke klinik berdekatan dan mendapatkan rawatan. Secara amnya, masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.