Sulit

2 tahun

Anak tak bermaya & terlalu kuat tidur

Anak sy perempuan, berumur 1 tahun 11 bulan sangat tidak aktif dan terlalu kerap tidur. Ini berlaku selepas anak sy baik dari demam panas (suhu 39.7) lebih seminggu yg lalu. Tingkah laku anak sy berubah hampir 100% daripada sebelum ini. Dia juga tak nak makan & tak nak minum susu, cuma minum 2-3 teguk shj bila diberi, serta sangat kuat merengek & menangis. Tidak berminat untuk melakukan sebarang aktiviti dan menjadi sangat kuat mengamuk, contohnya tiba-tiba jadi tak suka mandi & tak suka pakai baju. Berat badan cuma 10kg shj berbanding 11kg sebelum ini. Anak sy tidak minum sebarang susu formula/susu ibu semenjak 4 bulan yg lalu (berhenti sendiri tiba2 tanpa paksaan), cuma minum fullcream milk dalam kotak shj.

Sy sangat risau dengan perubahan mendadak tingkahlaku anak sy. Kami rindu dengan anak kami yang keletah dan aktif sebelum ini. Sangat sedih bila nampak anak hanya menyandar lesu menonton tv. Apa saranan doktor untuk masalah sy ini?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.

Umumnya kanak-kanak di peringkat toddler (umur 1-4 tahun) lazimnya mempunyai perubahan dalam membentuk peribadi masing-masing. Justeru ibu bapa perlu lebih cekap dalam mengenali kemahuan dan minat mereka menerusi peringkat usia ini. Secara teori, tumbesaran toddler tidak sederas ketika di peringkat bayi, justeru emosi atau tingkah laku mereka berkemungkinan tidak seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa kondisi yang boleh mengganggu tingkah laku mahupun kecerdasan si kecil yang perlu ditanggani bagi memastikan bayi anda kekal sihat dan membesar dengan baik. Antaranya termasuk:

  • Kanak-kanak masih belum dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan tumbesaran tubuh
  • Perubahan tingkah laku akibat keinginan untuk mendapatkan perhatian

Atau ia juga boleh menandakan

  • Komplikasi jangkitan kuman
  • Tanda-tanda dehidrasi atau anemia
  • Tanda-tanda gangguan psikiatri atau emosi
  • Tanda-tanda kekurangan zat-zat makanan
  • Kondisi kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan di klinik atau hospital

Justeru itu, anda disarankan untuk mendapatkan sesi temu janji denagn doktor pakar anda bagi mendapatkan nasihat yang lebih terfokus dan berkesinambungan terhadap pembesaran anak anda. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala tersebut bertambah sering atau parah

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.

Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.

child-docto-rs-office%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)