Sulit
4 tahun
Anak usia 8 tahun Masih tak boleh bercakap dengan jelas
Anak saya berusia 8 tahun Masih tak fasih bercakap Kalau cakap pun tak jelas Dan terbalik…tak boleh membaca…tak berapa bergaul dengan orang lagi-lagi dengan orang Yang tak pernah dia kenal…kurang hendak bergaul dengan rakan sebaya…apa Yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan memandangkan keterangan seperti tak boleh bercakap dan membaca adalah subjektif. Secara umum, kebanyakan kanak-kanak sudah boleh berbicara dengan jelas dan bersosial seawal usia 5 tahun. Merujuk kepada membaca pula, pada usia 7 hingga 9 tahun anak akan mulai lancar membaca perkataan yang biasa dibacakan namun masih perlu dibantu. Justeru, agar tahap perkembangan dan pertumbuhan anak anda dapat dievaluasi dengan jelas, anda digalakkan untuk merujuk doktor pakar kanak-kanak.
Untuk info lanjut, sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.