
Anonymous
5 tahun
Anal Fissure + skin tag
Dr di klinik kesihatan ckap kena buasir,
Dr di hosp ckap kena anal fissure, yg buasir tu sudah sembuh, tinggal lgi ada skin tag… so last week dr suruh ambil darah tiroid. kalau darah X OK kena buat kolonoskopi… sbb masa bulan puasa lpas sya kena sembelit diselang seli dgan cair…
darah tiroid yg Dr ambil utk check apa ea?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, darah yang diambil adalah untuk memeriksa paras hormon tiroid dalam badan anda. Hormon tiroid adalah hormon yang mengawal metabolisma badan. Paras hormon tiroid yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah metabolisma tubuh yang terlalu tinggi dan boleh menyebabkan gejala seperti:
- Cirit birit
- Penurunan berat badan
- Selera makan meningkat
- Degupan jantung laju
- Badan terasa panas
Manakala paras hormon tiroid yang rendah boleh menyebabkan gejala sebaliknya. Sila ikuti saranan doktor anda dan tunggu keputusan ujian darah anda sebelum langkah seterusnya boleh diambil.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.