
Sulit
4 tahun
Ancaman keguguran seperti apa
dokter adakah ancaman keguguran mengeluarkan darah berketul ? atau ia keluar seperti lendiran sahaaj . tolong beri penjelasan

4 tahun
Terima kasih untuk soalan anda
Untuk pengetahuan anda, keguguran boleh dikelaskan kepada beberapa jenis seperti:
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen. Janin sememangnya masih dalam rahim, tetapi status kehamilan anda masih dalam persoalan. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan seperti jangkitan salur kencing, dehidrasi, memakan ubat tertentu atau kecederaan fizikal.
- Keguguran tidak lengkap: Anda mungkin mengalami keguguran jenis ini jika pemeriksaan pelvis menunjukkan serviks anda terbuka dan anda masih mengalami pendarahan, pengeluaran darah beku atau tisu-tisu.
Secara amnya, simptom keguguran:
- Rasa kejang
- Pendarahan
- Pendarahan dan ada ketulan daging
Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.