
Sulit
4 tahun
Anemia Kekurangan Iron Zat Besi
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami anemia kekurang zat besi setelah membuat pemeriksaan darah setahun yg lalu dan dicadangkan untuk iron therapy tetapi saya masih belum membuat terapi tersebut. kebelakangan ini, saya berasa letih dan cepat mengah lebihan lagi ketika menaiki tangga dan merasa degupan jantung yang laju. Bleh Dr suggest adakah patut saya jalani iron therapy ataupun cuma mengamalkan diet yang seimbang untuk menambahkan iron dalam darah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah anemia hasil kekurangan zat besi ini boleh ditangani dengan pengamalan diet tinggi zat besi seperti makan daging merah, sayuran hijau dan kekacang. Namun sekiranya anda sudah mempunyai simptom-simptom seperti yang anda nyatakan diatas, pengambilan suplemen zat besi boleh diambil dan sekiranya masih tidak baik selepas 1-2 bulan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut serta ujian darah yang baharu untuk melihat kondisi lain seperti diabetes dan tekanan darah rendah. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.