
gudgirlz95
4 tahun
Anemia kurang zat besi
Saya wanita dalam 20-an dan berbadan gempal… Bolehkan anemia kurang zat besi terjadi kepada org yang bertubuh gempal… Sbb sy baca simptom2 yang di tunjukan sama dgn keadaan saya sekarang… Darah haid keluar dgn byk dan sy tgh deman maka selera makan juga hilang… Ada dalam satu hari saya minum saja… Terima kasih doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah anemia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira saiz tubuh mereka. Anemia adalah masalah kekurangan darah merah yang boleh disebabkan oleh kurang pengambilan zat besi dalam makanan (dari sayuran berdaun hijau), masalah pendarahan, pendarahan yang banyak seperti haid berlebihan atau berpanjangan.
Pihak kami perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang gejala yang anda alami bagi memastikan anda benar-benar mengalami anemia atau mempunyai masalah lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.