
farizashraaf75
4 tahun
Anemia stage 3 paru2 lemah
Saya ada rakan yg sedang sakit teruk, apakah cara yg perlu dilakukan utk bagi dia sembuh… Tolong boss

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi mengubati anemia atau kurang sel darah merah didalam badan, sebab-sebab kepada kurangnya sel darah merah perlu diketahui. Antara perkara-perkara yang pesakit boleh amalkan adalah memastikan pemakanan yang mengandungi zat besi dan asid folik mencukupi. Selain itu, pesakit juga perlu memastikan hidrasi yang mencukupi juga. Anemia adalah gejala ataupun simptom kepada masalah lain yang sedang dialami oleh rakan anda. Untuk betul-betul mengubati atau merawat keadaan ini, puncanya perlu diketahui terlebih dahulu.
Namun, kesemua ini mungkin tidak memadai dan nasihat serta rawatan yang khusus diperlukan bagi menangani permasalahan ini. Oleh itu, rakan anda perlu mengikuti nasihat doktor yang merawatnya seperti perkara-perkara yang perlu dielakkan serta ubatan yang perlu diambil. Jika rakan mengalami sesak nafas, sakit kepala, sakit dada mahupun pengsan/terjatuh, anda perlu nasihatkannya untuk pergi kehospital segera. Sekian.