
Sulit
4 tahun
Angin berlebihan di dalam badan yang menyebabkan kehidupan seharian saya terganggu. Bantu saya doctor untuk selesaikan masalah ini
Hi, saya mengalami angin berlebihan di dalam badan sudah hampir 3 bulan. Pelbagai ubat dan cara telah saya ambil namun hanya bertahan sehari dua sahaja dan kemudian ia datang kembali. Kepala saya selalu rasa pening dah rasa lemah bila angin terlalu banyak. Adakah angin berlebihan ini juga menjadi punca kulit sensitif sehingga tumbuh tompok hitam kering rata yang tidak gatal di tangan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak soalan yang harus saya ajukan untuk memahami gejala anda.
Nasihat saya, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.