
Sulit
2 tahun
Angin dalam badan himgga sukar bernafas
Hi dok saya lelaki umur 24 tahun saya kerap ada angin dalam badan mungkin sbb lewat makan saya selalu skip breakfast. Saya nk tnya angin dlm badan boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas ke? Rqsa sempit kt dada

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah angin dalam badan yang membuatkan anda sukar bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, angin yang anda maksudkan mungkin adalah gas dia dalam perut anda. Gas ini terhasil daripada proses pencernaan makanan dan sesetengah makanan mungkin menghasilkan gas lebih banyak berbanding makanan yang lain. Ini mungkin menyebabkan anda kembung perut. Lewat makan juga boleh menyebabkan perut anda yang kosong berasa kembung. Gas yang terkumpul di dalam perut ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan menyebabkan anda berasa sukar untuk bernafas.
Masalah sukar bernafas juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain, seperti radang saluran pernafasan, jangkitan paru-paru dan asma. Oleh itu, bagi mengetahui punca masalah anda dan merawatnya, anda perlu merujuk perkara ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.