
firdaus.pristine
5 tahun
Angin di dada selepas makan
Saya lelaki 35 tahun dan saya tidak merokok. saya ingin bertanya sejak2 akhir ini saya rasa susah bernafas selepas makan dada rasa mcm penuh dgn angin. Saya prnh ada gastrik teruk. Adakah saya kena penyakit kanser perut dgn masalah ini?saya risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana keterangan anda tentang angin di dada memerlukan penjelasan lanjut.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
Merujuk kepada gastritis yang anda telah didiagnosa mengalami, sebetulnya gastritis adalah sejenis penyakit kronik yang mana bermaksud ia mempunyai perjalanan penyakit yang lama. Walaupun, terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Oleh itu, apabila masalah sakit ini kerap timbul, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.