
Sulit
3 tahun
Angin xlepas sangkut kat dada
Saya Ridzwan umur 41angin dlm badan ni dah teruk sangat sampai susah nk buat krj

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mempunyai masalah angin dalam badan seakan sangkut di dada sehingga mengganggu aktiviti anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Sendawa, berangin dan dada tidak selesa lebih menjurus kepada refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits
- Kecelaruan dan keresahan (anxiety)
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan masalag yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , seperti:
- Pancreatitis atau hepatitis
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung
- Pneumonia
- Pneumothorax
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.