
Sulit
3 tahun
Ank sy 8tahun.lepas mkn katanya skit perut bahagian kanan bawah perut
sy ingin tahu knpa dia rasa skit lepas mkn.sbb lepas mkn dia akn lari2 sm adik2nya.adkh sbb lmbt mkn ataupun sbb lain.tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut bahagian kanan bawah yang dialami oleh anak anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami seperti:
- Pergerakan aktif selepas makan
- Makan secara berlebihan
- Jadual makan yang tidak teratur
- Kurang diet seimbang
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Keracunan makanan
- Masalah usus
- Sembelit
- Jangkitan kuman dalam sistem pencernaan
- Keradangan apendiks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.